Image Banner

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PEMATAP KEPADA Y.A.B. MENTERI BESAR PERAK

26 Januari 2021, Selasa - Kunjungan Hormat Pengerusi PEMATAP kepada Y.A.B. Dato’ Haji Saarani bin Mohamad (Menteri Besar Perak).

Di kesempatan pertemuan singkat sekitar 20 minit, Y.A.B. Menteri Besar dapat mendengar perkembangan PEMATAP sejak awal penubuhan hingga kini.

LAGI

BENGKEL LATIHAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN TAHFIZ

Bengkel ini berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 september 2020 di Hotel Seri Malaysia Taiping. Seramai lebih 100 maahad tahfiz negeri Perak yang telah berdaftar bersama PEMATAP. Dalam bengkel ini pihak sistem maklumat AWFATECH telah memberi penerangan berkenaan sistem pengurusan pelajar (ASIS) dan juga sistem pengurusan sekolah (EBOSS). Sistem ini adalah bertujuaan untuk memudahkan untuk menyusun atur segala maklumat berkaitan pengurusan malah memudahkan ibu bapa untuk melihat perestasi anak-anak pada bila-bila masa sahaja.

LAGI

TAKLIMAT SISTEM BERSEPADU MAAHAD TAHFIZ SWASTA NEGERI PERAK

Pada 15 September 2020 (Selasa) Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak telah mengadakan Taklimat Sistem Bersepadu kepada lebih 100 buah Maahad di Perak yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem pengurusan tahfiz menggunakan sistem yang telah dijana oleh syarikat Awfatech. Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak telah menandatangani perjanjian (MOU) bersama Awfatech pada 12 September 2020 tempoh hari.

LAGI

LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZ DARUL ABDUL AZIZ, HUTAN MELINTANG

5 September 2020, Sabtu - Lawatan ke Maahad Tahfiz Darul Abdul Aziz, Hutan Melintang, Perak.Pihak PEMATAP disambut oleh pengetua maahad dan dapat beramah mesra serta berkenalan lebih rapat.

LAGI

LAWATAN MAHABBAH KE PONDOK MODEN TAHFIZ IDRISIAH, BAGAN DATUK

5 September 2020, Sabtu - Lawatan Mahabbah ke Pondok Moden Tahfiz Idrisiah, Bagan Datuk, Perak.. Institusi yang ke-3 pada hari ini sempat dilawati oleh Ustaz Mohd Azlan sekitar lawatan ke maahad di daerah Hilir Perak bersama-sama dengan AJK PEMATAP bagi daerah tersebut, Ustaz Fauzi Ghazali.

LAGI

PERAK LULUS RM1.66 JUTA UNTUK PEMATAP

IPOH: Kerajaan Perak meluluskan peruntukan RM1.66 juta kepada Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) bagi memperkasa maahad tahfiz di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain untuk memperkasa maahad tahfiz, peruntukan itu juga bertujuan membantu PEMATAP menampung kos pengurusan.
"Sebanyak RM568,800 adalah untuk bantuan saraan bagi Jun lalu manakala sebanyak RM560,000 pula bagi pengurusan maahad tahfiz.

"Sebanyak RM159,000 diperuntukkan bagi mewujudkan pangkalan data dan sistem bersepadu maahad tahfiz Perak," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak (PEMATAP) di Pejabat Menteri Besar Perak, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi PEMATAP, Mohd Azlan Suhaimi.

Ahmad Faizal berkata, sebanyak RM150,000 turut disalurkan bagi bantuan penganjuran program, bantuan kos operasi (RM125,800) dan Tabung Modal Koperasi (RM100,000).

"Saya berharap dengan bantuan tambahan daripada kerajaan negeri ini, PEMATAP akan dapat berkembang dengan maju.

"Diharap usaha untuk memperbaiki tahap pelajaran anak tahfiz dapat sentiasa dipertingkatkan dan memastikan sekolah tahfiz didaftarkan secara rasmi dengan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, PEMATAP juga bercadang menubuhkan koperasi agar dapat menjana pendapatan bagi kembali membantu operasi maahad tahfiz dan juga program yang dijalankan.

"Kita meminta kerjasama PEMATAP untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi memantau perkembangan anak kita di maahad tahfiz," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Ahmad Faizal ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak (Fasa Dua) berkata, kerajaan negeri memberi bantuan RM10,000 kepada 116 buah maahad tahfiz swasta dengan peruntukan berjumlah RM1.16 juta bagi meringankan beban kewangan susulan penularan wabak COVID-19.

SUMBER: BERITA HARIAN

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan